Maamor Jantan

(b. Kedah, 1961)

Dilahirkan pada tahun 1961 di Kulim, Kedah, Maamor Jantan bermula sebagai perantis mesin di Petaling Jaya pada awal 1980-an. Beliau kemudiannya bekerja sebagai penolong kurator di sebuah galeri seni di Kuala Lumpur, di mana belaiu mendapat akses ke persada seni visual. Pada tahun 1984, Maamor Jantan telah diperkenalkan kepada artis Khalil Ibrahim, yang kemudiannya menjadi mentornya. Di bawah bimbingan dan persahabatan Khalil selama lebih sedekad, mereka menceburi dunia seni yang indah bersama-sama. Beliau menyertai Persatuan Cat Air Malaysia dan menyertai lebih 70 pameran. Dengan bakat semula jadinya dalam cat air, Maamor mengembangkan kemahiran teknikal beliau dengan cepat dan kemudian dikenali kerana gaya tersendirinya menggunakan rona halus warna bertompok dan luntur. Beliau sangat mahir dengan gambaran pemandangan kampung yang indah seperti itik yang diternak oleh penduduk kampung. Ketertarikannya dengan corak pepatung bersayap dua telah memberi inspirasi kepada siri pepatung ‘Cak Cibor’nya dan mencerminkan keterikatan intim artis dengan alam semula jadi.

Lihat di Galeri Maya

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.